Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

Astaga.com lifestyle on the net: ya betul blog nya bagus
.: .
Astaga.com lifestyle on the net: weblognya bagus, serasi warnanya
mbah gendeng: met kenal, wah kelihatannya blog ini lama nggak di update ya
abusyathibie: salam..jemput ke http://syathibie.blogspot.com/
wallpapersdeco: hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relatives interested, visit my blog! thanks
saya: aslm farah..bagilah saya info pasal rumah anak yatim nur zaharah tu...moga dapat sama2 membantu. tq.
zino: dah buat komen tapi tak kluar .. banyak sangat syarat nya..
Mediamuslim.FM: Salam semua, jom melayari internet sambil mendengar Radio Nasyid Mediamuslim.FM di http://mediamuslimfm.blogdrive.com
nagib: salam
sankai: pluginbaby.??? kat mana² de ader..lagi kat blog org pompuan...
farah>>pluginbaby: ye ke insaf? hehe...anyway...biz..biz juga...charity...charity gak...org kata dunia ngan akhirat biar balance...
farah>>MRstranger: tqvm for the link
farah>>mersik: huhu...pok cik....sibuk benda lain la pokcik....ceria mmg sentiasa walau bz...hehe
pluginbaby: bagus r blog ni.. insap aku// huhu
MR stranger: holaa.. tumapng lalu.. apa kabar ari nie? :D btw, link dah diupdate kat blogroll i.. hikss..
mersik: Salamz farah.. pekabo? Pe wat weekends nih..? ceria2 selalu aa.. hv fun
farah>>abg long & mersik: khabar baik. ada rezeki kita jumpa di pesta buku...
mersik: Salamz farah , uii mmg lama pockik tak kemari.. amboi2 bisnis baik nmpk, mudah2 gitu.. wat pe hr nih? Jumpa dipesta buku aa..leh ngeteh2 alahaii
Abang Long: Salam hormat, apakhabar ?
farah>>mersik: biasa la pokcik, favourite color....nk makan kena la dtg umah yg mmg umah...hehe
farah>>nabil: t'kasih. insyaallah mmg itu yg dinantikan. semoga semua org sudi berkongsi...sudikan la juga berforum ye
farah>>nieys,jundullah: sudi la jenguk selalu ye
farah>>yatie: tq yatie...singgah selalu ye...
mersik: Salamz farah , yuu huu lihat sap ayg dtg nih.? amboi2 umah baru nih..kaler biru lg..caya la..cantik nye..kekeke sedap mata mendang, lg sedap kalu de mkn2 kekeke alahaiii
akhie nabil: salam..tahniah,hebat rumah baru...cantik dan padatkan isinya dengan isu yg boleh d kongsi dan d manfaatkan bersama..insyaallah
jundullah: salam, cantik rumah, isinya pun mewah2. teruskan....salam
Nieys: hai Kak Farah... hehe... selamat buka rumah baru.. :)
yatie: salam farah .. hehhehe, first msg nampaknya yee .. apa2 pun selamat berblog di umah baru ... will keep on visiting, insyaallah.
farah: testing

Please type in the four characters shown in the black box.

Friday, May 25th 2007

14:06:34

Beralih arah..........

Cintaku pada blog lama aku iaitu blogspirit sebenarnya masih padu & aku masih sayang pada blogspirit aku tu....sbb tu la walau dah pindah tapi aku still jengah ke situ juga....rindu.....apapkan daya....aku fikir aku kena berhijrah pula setelah lama mengendalikan blogspirit tu.

Sayang seribu kali sayang.....rupanya aku tidak boleh menyintai bravejournal ni.  Sejak pindah ke sini aku rasa malas sangat nak update. Busy tu betul la tapi time tak busy pun aku rasa meluat sangat.  Mungkin disebabkan cintaku pada blogspirit masih mendalam.......

Namun, aku takkan kembali pada blogspirit sebab aku nak kekalkan imej khalsunshine tu.  Apapun, aku tetap nak beralih arah juga iaitu aku nak aktif kat multiply plak....kat situ best....macam-macam ada. 

Jom, join multiply

0 Comments / Send

Friday, May 18th 2007

14:15:29

Rumah Anak Yatim Nur Zaharah

Sudah agak lama aku tak update mengenai aktiviti rumah anak-anak yatim.  Ramai juga yang tanya.  Sebenarnya aku masih lagi buat aktitivit charity ni...masih lagi melibatkan diri & group charity aku still alive cuma lately rasa macam nak low profile sikit.  Apapun, bila ada info aku akan berikan.  Aku lebih kepada personal info melalui e-mail sekarang ni.  Nak update blog pun dah jarang-jarang sekali ni.  Mana yang sempat  je aku akan posting. 

Baru-baru ni, seorang kenalan ada bagi info mengenai Rumah Anak Yatim Nur Zaharah ni.  So, aku nak kongsi la maklumat ni dengan semua.  Jika ada sebarang pertanyaan boleh call aku 012.256.7454 / 013.610.7004 atau e-mail farah_tihanic@yahoo.com atau boleh terus hubungi Riduan di 012.337.7720.  Gambar-gambarnya aku dah tengok tapi Riduan belum e-mail lagi kat aku.
****************************
Untuk makluman semua kenalan, kediaman anak yatim Nur Zaharah telah terbakar 4 minggu yang lalu.  Kebakaran tersebut telah memusnahkan kediaman serta dokumen dan harta benda penghuni dan kakitangan Nur Zaharah.  Tetapi alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.  Kini kesemua 21 orang penghuni dan kakitangan Nur Zaharah berlindung di kawasan kediaman seorang hamba Allah di Kampung Cemperuh, tidak jauh daripada tapak lama mereka.

Saya berkesempatan untuk menziarahi mangsa, dan terpanggil untuk memohon bantuan untuk dihulurkan kepada Badan Amal Nur Zaharah yang mengendalikan rumah anak yatim tersebut.  Saya juga berkesempatan untuk berbincang dengan Pengurus Badan tersebut, Encik Yahya Yusof.  Berbagai perancangan awal telah direncanakan dan antara yang utama adalah untuk membina semula kediaman bagi menampung semua penghuni.  Dan untuk memyempurnakan hasrat ini, berbagai alat kelengkapan diperlukan.  Perancangan jangka panjang juga sedang dirancang.

Alhamdulillah buat masa terdekat ini, seorang hamba Allah telah membenarkan binaan rumah lamanya diperbaiki dan terus diduduki.  Namun, banyak lagi kerja ubahsuaian, pendawaian dan pembersihan kawasan perlu dilakukan.  Untuk tujuan ini, saya bercadang untuk membantu mengumpulkan tenaga kerja dan menyempurnakan urusan tersebut pada hari Sabtu, 26 Mei 2007.  Oleh itu saya amat mengalu-alukan kehadiran rakan yang lain untuk membantu menyempurnakan usaha ini.

Secara tidak langsung, pihak BAKTI juga telah dimaklumkan.  Kemungkinan besar, BAKTI juga sedang membuat perancangan untuk menyampaikan bantuan jangka pendek dan panjang dalam usaha untuk membantu Badan Amal Nur Zaharah membina semula kehidupan penghuninya.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan ingin membuat kunjungan dan membantu pada 26 Mei 2007 nanti, harap maklumkan kepada saya.

 

0 Comments / Send

Sunday, May 6th 2007

10:30:29

Berita Baik.....Berita Baik.....

Yahoooo......seronok tak terkira bila dapat tau Lifecode buat promotion FREE membership pada bulan May-July ni.

Inilah masanya untuk anda di luar sana sertai kami. Dengan hanya RM55 anda akan dapat pelbagai produk berserta sales kita di mana anda boleh terus memulakan perniagaan.  Jom sertai kami.  Rugi sapa lepaskan peluang yang julung-julung kalinya diadakan.  Anda juga tak akan rugi bila menyertai rangkaian kami.  Insyaallah, jika anda benar-benar serious dalam perniagaan ini, akan kubantu mengikut kemampuanku.

Jangan lepaskan peluang terbaik ini. Thank you Lifecode. I love you la.  I love SUSEN too.

1 Comments / Send

Friday, May 4th 2007

14:22:36

Tahniah...........

Tahniah buat adik aku (Nazir) & isteri (Neng) atas kelahiran baby ke-2 pagi semalam di Raja Specialist, Muar.  Baby boy dengan berat 2.7kg. Nama?  Belum diberi nama lagi.  Hmmm bertuah dia orang.  Dapat sepasang....yang sulung perempuan.

Memang tak jadi rezeki aku nak tengok baby dia orang. Mana tak....dijangkakan due end of April.  Aku balik kampung pada 30hb malam tu tapi dia masih tak bersalin.  Aku hope sebelum aku balik KL dapat la tengok `orang baru'. Hampeh....aku balik KL malam Khamis.  Esok pepagi dia dah bersalin. 

Apapun tahniah buat mereka berdua. Buat mak aku juga sebab tambah lagi sorang cucu lelaki.  Jadinya, balance la cucu mak aku sekarang....3 lelaki 3 perempuan.

0 Comments / Send

Thursday, May 3rd 2007

13:46:29

Perginya Insan Bergelar Sahabat

Pagi ini sesampai aku di office (waktu dalam lift), aku dikejutkan berita pemergian seorang rakan sekerja bernama Abu Bakar Paiman. Pada mulanya aku ingat si YOY ni saja dok bergurau dengan aku....al-maklum dia ni memang suka bergurau.  Sebelum ini aku menerima berita yang ex-GM kat office aku ni meninggal kerana sakit barah (waktu tu aku sedang bercuti). Agak terkilan kerana tidak dapat pergi menziarahi.

Betul.....Abu Bakar Paiman telah meninggal dunia sekembalinya dia dari menunaikan Umrah. Tak sempat sampai rumah....tiba di KLIA tetiba sakit kemudian dia dikejarkan ke hospital.  Setibanya di hospital dia disahkan telah meninggal dunit.  Ini info yang aku dapat.

Kemudian, sembang dengan beberapa teman....memang dia orang kata seperti yang mereka tau, arwah tidak ada sakit apa-apa even GL yang dia selalu minta pun hanya untuk anak-anak & sakit mata dia....itu aje. Ada seorang teman pula kata, sebelum dia pergi umrah dia demam tak kebah-kebah & badan dia pun agak susut.

Terasa betul akan kehilangannya sebab arwah rajin menyakat aku.  Dia juga rajin bergurau.  Sesampai di security booth, kalau dia yang jaga mesti kami akan bersembang seketika.  Kalau dia nampak aku kat parking atau kat mana-mana floor yang dia bertugas pasti dia akan dapatkan aku.  Ada je yang dia nak menyakat aku.  Really missed his joke.  Semoga Allah meletakkan arwah ke dalam golongan orang-orang yang beriman.

Tengaharinya pula, aku dapat e-mail dari pihak pengurusan Relexjap yang memaklumkan salah seroang moderator nyer telah kembali ke rahmatullah bersama suami & anak di dalam kandungan yang berusia 6 bulan kerana terlibat dalam satu kemalangan.  Masyaallah...Ya Allah! Sesungguhnya daripada-Nya kita datang & kepada-Nya kita kembali.  Walaupun aku tidak mengenali kedua-duanya tetapi aku sering membaca posting yang ditulis oleh mereka berdua dalam RJ group.

Takziah buat semua keluarga si mati.  Semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang datang dan semoga roh mereka ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.  Al-Fatihah.......

"Di mana jua kamu berada, kematian pasti akan menemui kamu bila sampai ajalnya, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (Surah An-Nisa': 7 .

0 Comments / Send

Sunday, April 15th 2007

22:48:09

Lama Menyepi?

Ye....memang agak lama aku menyepikan diri dgn tidak update blog ni.  Ada beberapa sebab mengapa aku menyepikan diri.....di mana pada mulanya aku nak close je blog aku tapi memandangkan ramai pembaca blog aku ni (alhamdulillah), kuteruskan jua walau banyak rintangan & dugaan yg kuterima.

Pertama - banyak gangguan tak bermoral yg kuterima sejak akhir-akhir ini. Inikah dugaan? Mujur ada husband yang sentiasa memberikan sokongan.

Kedua - sibuk....alhamdulillah bulan April ni memang banyak sangat sales. Ramai juga orang nak jadi ahli....nak jadi usahawan pad.

Ketiga - masih dalam suasana sibuk tapi kali ni aku sibuk create groups & forum.  Kini, tidak perlu lagi ber forum di sini....di blog aku....rasa macam sesak kalau berforum di sini. So, tak pandai tak pandai aku pun akhirnya aku berjaya create group & forum sendiri.  Tapi, sikit punya seksa nak menyiapkan tu. Mujur ada si Azahar yang tolong mana-mana yang tak betul. Tu pun masih ada yang tak puas hati.  Nanti la, slowly aku akan modify.....insyaallah.

Jemput la join. Register kat sini http://groups.yahoo.com/group/teamfarah2u & www.farah2u.com/forum

1 Comments / Send

Sunday, April 8th 2007

12:33:05

Seminar Peruncitan Bumiputra

Nak share ke tak nak? Nak share ke tak nak? 5hb hari tu cuti, pergi seminat peruncitan bumiputra kat PWTC anjuran MARA.

Akhirnya aku ambik keputusan share la tapi aku tak nak cakap banyak.  Cuma nak cakap tentang talk Datuk Maznah.  Memang best sangat. Aku rasa tak puas betul la. Rasa macam nak suruh MARA sambung lagi tapi memandangkan ahli panel lain dah menunggu.  Kalau la dapat jumpa Datuk personally, aku nak sangat share kejayaan dia tu.  Idola aku tu, selain dari Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary.  Her talk really interesting.  Bagi aku la. Tak tau la bagi orang lain. Agak terkilan tak dapat jumpa beliau hari tu. Dah ramai sangat orang kerumun dia.  Aku ni memang tak suka nak rebut-rebut. Kalau rebut datangkan duit tak pe....hehe

Datuk Khaled Nordin bagi talk pun best tapi apasal bila Pak Lah aku rasa mcm tak bersemangat je.  Apapun aku setuju kata-kata Pak Lah pada pagi tu, masa majlis perasmian.

Terima kasih MARA.  Lain kali buat la lagi program/seminar seperti tu. Makananan pun wow....sedap & ada kelas.

0 Comments / Send

Wednesday, April 4th 2007

13:30:00

Rumah Amal Limpahan Kasih

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepikan diri dari melawat rumah-rumah kebajikan, akhirnya dapat juga aku pergi ke Rumah Amal Limpahan Kasih ni.  Hajat nak pergi memang dah lama tapi masa tak mengizinkan.  Sebenarnya aku dah visit rumah ni pada 18/3/07 yang lalu cuma baru hari ni teringat nak buat posting .  BTW, gambarnya dah pun di post kan terlebih dahulu.  Boleh tengok kat sebelah kanan `Dekati Saya' `View Photo Album'

Yang sebenarnya aku sering juga membuat lawatan tetapi lebih kepada lawatan peribadi.  Yg aku hantar posting hanya apabila aku membuat lawatan mewakili kawan-kawan yang lain.  Al-maklum aku ni dipertanggungjawabkan mememang duit collection & menyerahkan kepada yg berhak.  So, by hook or by crook aku kena juga posting kat blog aku kecuali yg berupa sumbangan atau lawatan peribadi je aku kira tak sesuai untuk hantar posting.  Itu antara aku dgn Allah.

Ok, nak cerita sikit pasal lawatan ke Rumah Amal Limpahan Kasih ni.  Aku pergi kat asrama lelaki yang terletak di Kg Sri Aman, Puchong.  Sumbangan yang aku bawa pada hari itu ialah baju-baju terpakai, pinggan-mangkuk & sedikit cash.  Sesampai aku di sana (bersama keluarga), hati jadi tersentuh bila anak-anak di sana menyerbu & terus membuka bungkusan yang aku bawa.  Berebut-rebut mereka melihat baju.  Masing-masing mencuba.  Sayang sekali.....banyak yang mereka tak boleh pakai sebab kebanyakan yg aku bawa baju untuk perempuan.  Rupanya mereka banyak memerlukan pakaian untuk budak-budak lelaki.

Menurut kata Puan Rabaah (pengasas rumah tersebut), pengubahsuaian rumah dibuat sedikit demi sedikit kerana dana tidak mencukupi.  Rumah dah siap di cat hasil gotong-royong dari satu group (lupa pulak nama group tu).  Sebuah komputer yang didermakan oleh seseorang pun telah rosak.  Mujurnya rumah itu adalah hasil peninggalan arwah abah Puan Rabaah.  Jadi, terselamat la dari membayar sewa setiap bulan.  Kalau tidak, saya tidak dapat bayangkan bagaimana la Puan Rabaah nak membela anak-anak itu semua dengan hanya mengharap sumbangan dari orang ramai.

Insyaallah, aku akan datang lagi untuk melawat & menghantar sumbangan.  Al-maklum, sumbangan daripada aku & group kami tak bagi hanya pada 1 rumah aje.  Kita ada a few list & aku kena la bahagi-bahagikan nyer.

Jika ada yang perasan atau bertanya, kenapa dah lama tak update tentang Rumah Titian Kasih?  Sebenarnya aku lebih membantu secara personal sebab itu la untuk sumbangan dari group aku dah kurang sumbang ke RTK.  Aku memang selalu visit pun RTK tu.

Andaikata ada sesiapa yang nak join contribution, aku mengalu-alukan sangat.  Tidak ada paksaan untuk amount.  Berilah seberapa ikhlas.  Kalau ada certain month tak boleh bayar pun tak ada hal. Semoga amalan kita itu, walaupun sedikit akan diterima oleh Allah s.w.t, insyaallah.

0 Comments / Send

Sunday, April 1st 2007

23:28:54

Majlis Makan Malam & Penganugerahan

Pada hari Jumaat, 30/3/07 (malam), aku bawa family ke majlis makan malam & penganugerahan anjuran Lifecode, bertempat di De Palma Hotel, Jln Ampang.

Malam itu merupakan malam bersama pengerusi Lifecode & malam penganugerahan kpd para leader yg berpangkat Sapphire, Ruby & Pearl bagi kawasan tengah (Selangor/KL).  Namun begitu ramai juga ahli-ahli serta leader-leader dari luar KL.  Kak Habsah yg paling best sekali. Memang committed & supportive habis. Datang 1 bas dari Batu Pahat.  I luv u la Kak Habsah.

Walaupun akau menjemput ramai kengkawan terutama downline aku tapi yang aku nampak yg dtg cuma Min sorang je.  Tak kisah la sbb kebanyakan ahli pun aku kenal. Staff Lifecode sendiri 95% aku kenal. Alhamdulillah, malam tu aku ada jumpa kawan baru & juga prospect. Malam tu juga mereka ada membeli brg daripada aku.

Rugi sapa tak datang  sebab banyak sangat promosi yang company buat malam tu. Malam tu aku dianugerahkan pangkat RLL (Ruby Loyalty Leader). Alhamdulillah.  Emcee mlm tu si Shila & En Azhar mmg saja kenakan aku. Ada ke disuruh aku berucap selepas semua peserta dah naik pentas ambik anugerah masing-masing. Speechless aku dibuatnya.  Pada mulanya aku ingat dia org nak pilih Datuk Daud.  Hampeh....aku yang kena rupanya.  Agaknya sbb aku pakai terlebih glamour kot mlm tu

Macamanapun, malam itu berlaku satu peristiwa yang aku kira semua org takkan lupakan di mana sewaktu penganugerahan PLL (Pearl Loyalty Leader), tetiba speaker yg dok tergantung tu terbakar dek kerana volume yg pihak hotel control terlalu kuat.  Dgn cepat api marak.  Pihak hotel pula aku kira agak lambat untuk ambil tindakan.  Tergendala sebentar program tu.  Kemudian, kami terpaksa berpindah ke dewan yg lain yg agak sempit.  Mujur acara tinggal sikit je lagi namun begitu tetap tidak ada keselesaannya.

Aku belum sempat upload gambar-gambar yang diambil pada malam tu. Mungkin nak kena minta sikit dari photographer Lifecode sebab yang husband aku ambik tak begitu menarik gambarnya.

Insyaallah, aku akan berusaha lebih gigih lagi untuk mendapatkan pangkat yg lebih tinggi & income yang lebih banyak.  Memang untuk jadi business partner dengan Lifecode ni.  Terima kasih pada semua kakitangan yg sentiasa membantu aku juga downline yang bekerjasama selama ini. Aku doakan kalian juga akan dianugerahkan apa yg telah aku dapat. Biar kita sama-sama berjaya.

 

0 Comments / Send

Sunday, April 1st 2007

01:15:39

Real Rewards Oh Real Rewards

Tengahari tadi husband aku ajak la keluar.  Nak pergi Subang Jaya katanya, nak tukar Mesra Card dia yg rosak. Aku cakap pergi kat Mid Valley je sebab boleh redeem product.  Lagipun takut office kat Subang Jaya tu close today coz today kan Prophet Muhammad.

Hampeh rupanya service Real Rewards kat Mid Valley.  Kalau tanya aku rating memang aku bagi `0 rating'.  Memang out service dia & langsung tak mesra alam.  Menyesal pulak aku pergi.  Udah ler aku ni memang tak suka pergi area Mid Valley tu especially during weekend. Wasted my money....wasted my time.

Dah la tak dapat nak redeem anything coz their system down, layanan pulak hampeh.  Kenapa la service dia orang tak macam Bonus Link?  Hai! Kalau ikutkan hati la, nak campak je kad yang rosak tu  depan muka counter 2 ekor tu especially yang pompuan tu tapi memandangkan aku ni memang pengguna setia Petronas & selalu beli barang kat England Optical, terpaksa la juga hadap perkara-perkara buruk macam ni.

Macamana la ek management boleh letak orang-orang macam ni dok kat counter?  Aku pernah gak call customer service real reward ni......lama dah.....cara jawapannya bagi aku memang tak memuaskan hati jika dibandingkan dengan customer service dengan mana-mana company yang aku pernah deal.

1 Comments / Send